Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 11 Februari 2011

Kari Pisang

pelik tapi benar, tu dia.. di kawasan pedalaman negeri kedah terutama Baling daan Sik, gulai pisang ni menu biasa bagi depa nie...gulai atau kari buah pisang muda biasa untuk makanan dihari biasa. tapi kari batang pisang (Umbut) adalah menu istimewa bagi majlis kenduri kahwin...boleh makan ke batang pisang?...ya, belum cube belum tau...tapi bukan sebarangan pisang yang boleh dibuat gulai ni...dan kalu tak tau pilih pokok silap haribulan tak de umbut pun. Petua dia macam ni, kalu nak cari umbut pisang pilih la pokok pisang dengan pucuk masih bergulung lagi daunnya...dan pisang tu boleh le pisang hutan, yang banyak dalam hutan itu la, dan pisang awak, pisang mentalun dan lain-lain lagi yang tidak kelat. pisang mas, pisang nangka dan pisang *** tak boleh ye. nanti gulai hitam dan pahit. Bagi orang baling gulai batang pisang ni kalau di campur dengan daging kambing ka memang sedap..woww gulai setyle kedah le katakan dengan nyor kerisik..nyamannnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan