Selasa, 1 Mac 2011

Cemburu Buta

Bukan setakat mata yang buta,
cemburu pun ada buta...
sebab mata hati yang buta,
hati yang kelam dengan dendam...
bila nafsu sudah beraja di hati
bila aqal gagal di kawal lagi..
ingat lah Allah sentiasa..subhanallah

Khamis, 24 Februari 2011

Limpahan cahaya...letupan supernova....
kesedaran orang ramai mengenai kebersihan dan menjaga kesucian alam sekitar nampaknya masih lemah, tak kira dibandar besar atau di desa, kalau nak buang sampah tu wawenang saja.
ini bukan apa semua kesan dari pendidikan yang hanya mementingkan Gred A berbanding dengan penerapan nilai moral., di bandar-bandar besar limpahan sampah ni dah melebihi limpahan cahaya di waktu malam., ramai la pekerja pembersihan yang kena kerja malam terutama lepas pasar malam.. sampai bilakah mentality ini akan berterusan...

Wall atau tembok...apa kena mengena dengan tembok
ini la satu sifat yang susah nak dibuang dari orang kite
suka sangat membina tembok pada diri sendiri,
semua orang tak leh tegur..diri sendiri saja betoi..macam le tembok ni
dia saja lurus, semua orang kena ikot dia...
sabaq ja la

Selasa, 22 Februari 2011

PICASA
apa menda tu, ni la dia sofeware baru untuk edit pic,
boleh download dengan free dari intenet,
kerjanye mudah dan ringkas, cuba la,
di atas adalah contoh hasil dari http://www.picasa.com

Ahad, 20 Februari 2011

kemarau


Kemarau ? apa yang kemarau?...Ada macam-macam jenis kemarau kalau nak lihat dari sudutlaras bahasa...yang paling biasa adalah keadaan kemarau akibat perubahan cuaca,, takde ayaq la tu.. kemarau lain tu .termasuk la kemarau idea, nah haii,, dan paling teruk lagi kemarau ilmu, kemarau aqal, kemarau duit, kemarau moral....Ni nak cerita dua jenis kemarau yang sedang melanda umat akhirul zaman nie,... y'akni kemarau ilmu dan moral...Shahdan tersebarlah pelbagai fitnah dimuka bumi yang nyata ini akibat dari kemarau ilmu wa akhlak..adapun yang terjerumus dalam khalayak ini dari pelbagai lapisan masyrakat dari menteri-menteri sehingga le kepada hamba sahaya. ..Ramai yang mengaku terpelajar kerna telah keluar dia dari university luar negeri, almaklum itu hanyalah sijil akademik, tapi ilmu dan akhlak tidak la pulak teruji dan tertakrif di dalam sijil itu.....maka dengan hari valentine yang baru lepas beberapa ari lalu banyaklak kenyataan tidak berilmu dari mereka yang kelulusan iniversity ini dan banyak lah juga onar dan kejian yang berlaku akibat dari kemarau akhlak muda-mudi dewasa ini yang tidak terbendong lagi oleh awal yang waras itu...

Khamis, 17 Februari 2011

Terbakar

Terkejut dan panic...itu la perasaan bila tengah buat keje di pejabat tetiba telephone berbunyi.."Umah jiran terbakar"..fuhh semangat, mana tak nye umah jiran yang terbakar tu betul-betul dibelakang umah aku...Apa nak buat dah tepon bomba ke?..dah tepon tapi belom sampai..kesannya habis dapur umah jiran tu terbakar...takde orang dirumah semasa kejadian ni..kebetulan orangumah tak keje dan pekerja-pekerja sebalah rumah tu perasan aspa naik ikot atap rumah dan berteriak 'umah terbakar- umah terbakar'. Aku rasa ni mesti kes masak sesuatu then terlupa nak off api terus pi kerja...aku penah dua kali kena macamnie..fuhh jiran semua dah bising...masa tu rebus kacang pastu kuar pi makan, ni kes salah faham ingat api dah dipadan rupenya idak..fuhhh nasib baik teringat,, balik umah asapd ah penuh..nasib masih ade air sikit lagi dalam periuk..semua dah hangus kacang tu...peringatan haati-hati dan periksa dahulu dapur sebelum keluar rumah..nanti balik rumah semua dah hangus...udah le sekrang ni musim panas...

Rabu, 16 Februari 2011

Cervicogenic Headache


Sakit Kepala Vs Kepala Sakit

Apa beza di antara sakit kepala dengan kepala sakit, sakit kepala merujuk kepada migrain atau kesakitan yang dialami di/pada bahagian kepala, kepala sakit pulak adalah kepala yang sakit, kepala mana yang sakit? sendiri le jawabkan.. huhuhu, Malam tadi ambil satu pil nie konon untuk kesihatan, dah lama tak ambik pil nie, sesekali je ambik bila perlu, tapi kesan dia sangat le trajis, sakit kepala, jadi kepala yang tak sakit sudah jadi sakit, kepala sakit kerana ambik pil nie.....

Ahad, 13 Februari 2011


manusia manusia, macam2 ..'Lady GAGA in giant egg'
ade berani? lepas ni terus jadi kokon kan...

Vit B17

nah vitamin B17 ...adalah sejenis vitamin yang ada dalam pucuk ubi, dan rebung...apa guna vit nie...vit. B17 dikatakan berfungsi sebagai anti cancer.. jadi kalau nak elak dari cancer makan la rebung atau pucuck ubi, sebagai sumber asli vit B17, mudah-2an dijauh dan disembuhkan dari penyakit cancer yang membunuh secara senyap itu...aminn

REBunG

Tu dia rebung le plak ..hehehhe, nile rupenye rebung yang belum dipotong dari induknya. pelbagai jenis rebung ada di Malaysia nie ikot jenis buluh dia la, yang ni rebung buluh beting, ade juga buluh pahit dan sekarang ni orang banyak dok tanam buluh madu.. buluh pun ada madu..buluh madu ni memang untuk rebung saja. .. rebung dia banyak, dan kalau di siam di tinkan sebagai jeruk.. di Malaysia belum ada lagi jeruk buluh dalam tin , aklau ada pun dalam plastik beg yang kecik tu saja....

Sabtu, 12 Februari 2011

Sejarah POlitik Moden Arab

Tu dia Tajuk Sejarah nie...
Itu la hak rakyat bila diabaikan pemimpin akan di makan rakyat
Rakyat mesir telah bersuara Presiden Mubarak telah meletak jawatan
selepas lebih lapan hari protes jalanan oleh rakyat Mesir..
Maka berakhir lah suatu kerjaan diktator yang di sokong oleh USA ...
Ini adalah detik sejarah dunia baru politik moden pada 12/2/2011

Kari

Orang utara memang tak bolehlari dari kari atau gulai, kalau takde gulai tak sah la sajian hari tu..makan tu takde selera katanya..kalu mentua tu mula le membebelkan menantu, keupayaan membuat kari juga boleh dikatakan kayu pengukur calon menantu....(ye ke) , gulai kari kononnya makanan orang india, ade sedikit perbezaan antara kari india dengan kari melayu., Kri india tak pakai santan tapi pakai tairu, kari melayu pakai santan, kalu pakai susu tu kira dah bukan original la..dalam masyarakat melayu sebelah utara kari ade banyak jenis dengan namanya berubah ikot rupe, tapi yang mashur kari tumis dengan kari hulu.. gulai tumis ni macam yang biasa, yang sedikit pelik adalah gulai hulu nie..gulai hulu tak tumis, sebaliknye direbus macam merebus daging saja, ramuan nye juga berbeza dari kari tumis, gulai hulu ditambah dengan lengkuas dan serai yang digisar, gulai hulu ni tahan lebih lama, yakni susahnak basi berbanding gulai tumis ...cara buat pun leceh sikit (renyah) tapi sedap dan tak muak macam gulai tumis yang penuh dengan linangan minyak tu.. gulai hulu ni sesuai la untuk orang yang nak manjaga kesihatan sebab banyak pulak rempah-rempah tambahan yang dimasukkan...

Jumaat, 11 Februari 2011

Kari Pisang

pelik tapi benar, tu dia.. di kawasan pedalaman negeri kedah terutama Baling daan Sik, gulai pisang ni menu biasa bagi depa nie...gulai atau kari buah pisang muda biasa untuk makanan dihari biasa. tapi kari batang pisang (Umbut) adalah menu istimewa bagi majlis kenduri kahwin...boleh makan ke batang pisang?...ya, belum cube belum tau...tapi bukan sebarangan pisang yang boleh dibuat gulai ni...dan kalu tak tau pilih pokok silap haribulan tak de umbut pun. Petua dia macam ni, kalu nak cari umbut pisang pilih la pokok pisang dengan pucuk masih bergulung lagi daunnya...dan pisang tu boleh le pisang hutan, yang banyak dalam hutan itu la, dan pisang awak, pisang mentalun dan lain-lain lagi yang tidak kelat. pisang mas, pisang nangka dan pisang *** tak boleh ye. nanti gulai hitam dan pahit. Bagi orang baling gulai batang pisang ni kalau di campur dengan daging kambing ka memang sedap..woww gulai setyle kedah le katakan dengan nyor kerisik..nyamannnn

Hari Jumaat

emm, bagi negeri-negeri bukan bersekutu, jumaat adalah hari cuti..makna nya hari untuk beristirehat, lepas solat subuh apa lagi bolehle turus tido. Tapi tido lepas subuh tak elok untuk perkembangan otak yang cergas, macam biasa lepas solat terus sambung, nah sampai tengah ari baru le nak pergi pasor....jam bape le plak nak makan tengah...ari ni mkn jam 6.00...uih makan tak ikot masa ni bahaya boleh menyebabkan masalah sakit usus dan kegemukan. badan tidak ade jadual tertentu menyebabkan penyerapan makanan berlebihan dilakukan dan disimpan dalam badan... tak elok le amalan begini..

Khamis, 10 Februari 2011

Malam Jumaat


APa kena dengan malam jumaat, tentu saja hari jumaat adalah penghulu segala hari, sunnat membuat perkara kebaikan di malam dan hari jumaat..sampai minyak dan ubat urut ehem-ehempun guna nama malam jumaat. Dulu masa di kampung malam jumaat ade majlis bacaan yasin ramai-ramai, ada jamuan makan-makan, meriah, sekarang nie tak pasti masih ada atau tidak amalan tu..
Sudah tiga bulan tak balik kampung, kalau balik pun sekejap saja... kampung dah tak mcam dulu, semua dah berubah...umor berubah, suasana berubah, lagi pun di kampung dah tak best..tak mcam zaman kecik-kecik dulu, boleh main bendang, main parit, sekarang semua dah takde, bendang dah jadi rang, parit dah semak. dulu mandi air telaga, sekarang semua mandi air paip.....pagi jumaat ramai orang mandi awal pagi..

Rabu, 9 Februari 2011

Imej

Selekeh, smart, bergaya, menarik, terampil dam macam-macam lagi semua berkaitan dengan penampilan diri. Ada yang tak kisah ada yang sangat ambik kisah. Ingat dulu-dulu masa zaman jadi student semua asal boleh ja. Al-maklum la hidup harapkan sholarship. Nakharap duit mak bapak ramai lagi di kampung tu yang lebih memerlukan. Ni la kot sindrom student, badan kurus tak cukup zat. Tapi tu bukan alasan untuk selekah, kalu ke kuliah, dewan makan tau ke mana-mana tetap mengenakan kasut yang bertutup. tidak la berselipar jepun. sekarang ni keadaan dah lain la, student dah x kisah kan penampilan, kalu tak kerana berada di kampus, tak pakai name tag tentu tak dapat dibezakan student ke tidak. kalau pasal rambut berwarna zaman dikapus tahun 90an dulu pun dah ada, rambut karat kami panggil. budak-budak tesl ni la pelopornya....sekarang ni dahtak kira kos apa, semua ada. laki perempuan sama ja, apa pun kampus adalah zaman mencuba, remaja ni suka mencuba, dah abis belajar dah takda semua tu, ada yang 180 darjah perubahan. ..

Satu Permulaan

Salam, tanggal 10 hb Februari 2011, blog pertama dibina setelah sekian lama teringin sangat nak buat tapi takde kesempantan yang diberikan. Diri sendiri la tak de masa tu, kalu nak kata sibuk semua orang sibuk, kalu nak juga kena le korban dan berikan ruang yang. Kata orang kalau mau seribu daya kalu tak nak seribu daleh kan...kalu sedikit pun dah cukup ... insya Allah permulaan ini akan diterus kan, pendek atau panjang bukan ukuran yang penting berterusan......