Khamis, 10 Februari 2011

Malam Jumaat


APa kena dengan malam jumaat, tentu saja hari jumaat adalah penghulu segala hari, sunnat membuat perkara kebaikan di malam dan hari jumaat..sampai minyak dan ubat urut ehem-ehempun guna nama malam jumaat. Dulu masa di kampung malam jumaat ade majlis bacaan yasin ramai-ramai, ada jamuan makan-makan, meriah, sekarang nie tak pasti masih ada atau tidak amalan tu..
Sudah tiga bulan tak balik kampung, kalau balik pun sekejap saja... kampung dah tak mcam dulu, semua dah berubah...umor berubah, suasana berubah, lagi pun di kampung dah tak best..tak mcam zaman kecik-kecik dulu, boleh main bendang, main parit, sekarang semua dah takde, bendang dah jadi rang, parit dah semak. dulu mandi air telaga, sekarang semua mandi air paip.....pagi jumaat ramai orang mandi awal pagi..

1 ulasan: