Bukan setakat mata yang buta,
cemburu pun ada buta...
sebab mata hati yang buta,
hati yang kelam dengan dendam...
bila nafsu sudah beraja di hati
bila aqal gagal di kawal lagi..
ingat lah Allah sentiasa..subhanallah

Terkejut dan panic...itu la perasaan bila tengah buat keje di pejabat tetiba telephone berbunyi.."Umah jiran terbakar"..fuhh semangat, mana tak nye umah jiran yang terbakar tu betul-betul dibelakang umah aku...Apa nak buat dah tepon bomba ke?..dah tepon tapi belom sampai..kesannya habis dapur umah jiran tu terbakar...takde orang dirumah semasa kejadian ni..kebetulan orangumah tak keje dan pekerja-pekerja sebalah rumah tu perasan aspa naik ikot atap rumah dan berteriak 'umah terbakar- umah terbakar'. Aku rasa ni mesti kes masak sesuatu then terlupa nak off api terus pi kerja...aku penah dua kali kena macamnie..fuhh jiran semua dah bising...masa tu rebus kacang pastu kuar pi makan, ni kes salah faham ingat api dah dipadan rupenya idak..fuhhh nasib baik teringat,, balik umah asapd ah penuh..nasib masih ade air sikit lagi dalam periuk..semua dah hangus kacang tu...peringatan haati-hati dan periksa dahulu dapur sebelum keluar rumah..nanti balik rumah semua dah hangus...udah le sekrang ni musim panas...
pelik tapi benar, tu dia.. di kawasan pedalaman negeri kedah terutama Baling daan Sik, gulai pisang ni menu biasa bagi depa nie...gulai atau kari buah pisang muda biasa untuk makanan dihari biasa. tapi kari batang pisang (Umbut) adalah menu istimewa bagi majlis kenduri kahwin...boleh makan ke batang pisang?...ya, belum cube belum tau...tapi bukan sebarangan pisang yang boleh dibuat gulai ni...dan kalu tak tau pilih pokok silap haribulan tak de umbut pun. Petua dia macam ni, kalu nak cari umbut pisang pilih la pokok pisang dengan pucuk masih bergulung lagi daunnya...dan pisang tu boleh le pisang hutan, yang banyak dalam hutan itu la, dan pisang awak, pisang mentalun dan lain-lain lagi yang tidak kelat. pisang mas, pisang nangka dan pisang *** tak boleh ye. nanti gulai hitam dan pahit. Bagi orang baling gulai batang pisang ni kalau di campur dengan daging kambing ka memang sedap..woww gulai setyle kedah le katakan dengan nyor kerisik..nyamannnn
Selekeh, smart, bergaya, menarik, terampil dam macam-macam lagi semua berkaitan dengan penampilan diri. Ada yang tak kisah ada yang sangat ambik kisah. Ingat dulu-dulu masa zaman jadi student semua asal boleh ja. Al-maklum la hidup harapkan sholarship. Nakharap duit mak bapak ramai lagi di kampung tu yang lebih memerlukan. Ni la kot sindrom student, badan kurus tak cukup zat. Tapi tu bukan alasan untuk selekah, kalu ke kuliah, dewan makan tau ke mana-mana tetap mengenakan kasut yang bertutup. tidak la berselipar jepun. sekarang ni keadaan dah lain la, student dah x kisah kan penampilan, kalu tak kerana berada di kampus, tak pakai name tag tentu tak dapat dibezakan student ke tidak. kalau pasal rambut berwarna zaman dikapus tahun 90an dulu pun dah ada, rambut karat kami panggil. budak-budak tesl ni la pelopornya....sekarang ni dahtak kira kos apa, semua ada. laki perempuan sama ja, apa pun kampus adalah zaman mencuba, remaja ni suka mencuba, dah abis belajar dah takda semua tu, ada yang 180 darjah perubahan. ..